Profil Syarikat

Haleon ialah syarikat kesihatan pengguna terkemuka dunia dengan matlamat yang jelas untuk untuk memberikan kesihatan harian yang lebih baik dengan pendekatan kemanusiaan.

Jenama terkemuka kami dihasilkan berdasarkan sains, inovasi dan pemahaman manusia dan dipercayai oleh berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Haleon mempunyai portfolio jenama yang kukuh dan berada pada kedudukan yang baik untuk memainkan peranan penting kepada orang ramai di seluruh dunia, dalam sektor yang berkembang dan lebih relevan berbanding sebelum ini.

Definisi penjagaan kesihatan pengguna berbeza antara pesaing dan sumber data industri. Definisi kami merangkumi Kesihatan Mulut, VMS dan Over-the-Counter (OTC). Dalam OTC, portfolio Haleon terdiri daripada Kesakitan, Pernafasan, Pencernaan dan Lain-lain.