SOALAN UMUM BERKENAAN KEPENTINGAN GIGI PALSU
Gigi palsu berbeza dengan gigi semula jadi dan memerlukan penjagaan khas untuk memastikan gigi palsu berada dalam keadaan terbaik. Kami mempunyai banyak panduan berkenaan cara untuk menjaga gigi palsu anda, tetapi di sini kami ingin menjawab beberapa soalan umum yang sering ditanya berkenaan pelekat gigi palsu.
APAKAH PELEKAT GIGI PALSU?
Pelekat gigi palsu (juga dikenali sebagai penetap gigi palsu) direka untuk memegang gigi palsu di kedudukannya sepanjang hari agar anda berasa yakin dan selesa. Pelekat gigi palsu juga melindungi gusi daripada kerengsaan dengan membantu menyekat sisa makanan, supaya anda dapat makan, bercakap dan senyum dengan yakin.
BAGAIMANA PELEKAT GIGI PALSU BERFUNGSI?
Pelekat gigi palsu Polident mengandungi dua polimer pelekat, yang mengembang ketika menyerap air liur. Apabila mengembang, kedua-dua polimer ini akan bergabung, membentuk lapisan lembut dan fleksibel di antara gigi palsu dan gusi anda bagi pemasangan selesa dan bertindak sebagai pemegang serta penutup yang kukuh.
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGGUNAKAN PELEKAT GIGI PALSU?
Bagi nasihat berkenaan penggunaan pelekat gigi palsu, sentiasa ikut arahan dan panduan yang terdapat pada pek. Berikut adalah beberapa petua berkenaan cara untuk menggunakan penetap gigi palsu Polident:
- Sentiasa membersihkan dan mengeringkan gigi palsu terlebih dahulu.
- Sapukan krim penetap gigi palsu dalam bentuk jalur atau seperti yang diarahkan pada pek, tidak terlalu hampir dengan hujung gigi palsu.
- Bilas mulut anda sebelum memasukkan gigi palsu.
- Tekan gigi palsu di tempatnya, pegang dengan kuat dan gigit selama beberapa saat untuk mengukuhkan pegangan.
- Lakukan sekali sehari, jika anda berasa anda perlu melakukannya dengan lebih kerap sila rujuk doktor gigi anda.
- Ingat bahawa arahan penggunaan berbeza untuk gigi palsu yang lengkap dan separa, jadi sentiasa periksa pek untuk maklumat terperinci.
- Jika anda menggunakan pelekat gigi palsu buat pertama kali, ingat untuk hanya menggunakan sedikit sahaja kerana penggunaan yang terlalu banyak boleh menyebabkan lelehan. Sekiranya ini berlaku, sapukan sedikit sahaja pada masa akan datang. Ia mungkin memerlukan beberapa percubaan untuk mencari jumlah yang tepat bagi gigi palsu anda.
BAGAIMANAKAH SAYA MENANGGALKAN PELEKAT GIGI PALSU?
Untuk menanggalkan pelekat gigi palsu, ikut arahan dan panduan yang terdapat pada pek. Arahan termasuklah:
- Pertama sekali lalukan mulut anda terlebih dahulu dengan air suam.
- Kemudian gunakan gerakan ayunan yang lembut untuk perlahan-lahan mengeluarkan gigi palsu anda.
- Gunakan berus gigi palsu yang berbulu lembut (bukan berus gigi biasa) dan air suam untuk mengeluarkan sebarang sisa.
- Teruskan langkah dengan pembersih khas untuk membersihkan gigi palsu anda dengan sempurna dan kemudian bilas dengan air. Pembersih gigi palsu Polident membersihkan dengan cara yang lebih baik daripada ubat gigi biasa dan membunuh 99% bakteria penyebab bau*.
Cara terbaik untuk mengeluarkan pelekat gigi palsu daripada gusi dan mulut anda adalah dengan memberus lembut gusi dan lelangit anda dengan berus gigi lembut dan air suam.
Ingatlah untuk sentiasa mengikut arahan pada pek atau berbincang dengan pakar pergigian untuk mendapatkan nasihat.
* dalam ujian makmal.
BILAKAH SAYA BOLEH MULA MENGGUNAKAN PELEKAT GIGI PALSU?
Bahkan gigi palsu yang dipasang dengan sempurna mungkin memerlukan sedikit masa untuk penyesuaian, dan penggunaan pelekat gigi palsu dapat membantu mencapai keselesaan sepanjang hari. Setelah doktor gigi anda berpuas hati dengan pemasangan gigi palsu anda, anda boleh mula menggunakan pelekat gigi palsu untuk memastikan gigi palsu anda terletak kukuh di kedudukan dan membantu menyekat sisa makanan yang mengganggu.
MENGAPAKAH SAYA HARUS MEMAKAI PELEKAT GIGI PALSU?
Gigi palsu yang selamat dan padan dapat membantu anda menjalani kehidupan seharian seperti sebelum ini, namun pelekat gigi palsu juga dapat membantu untuk:
- Memegang kukuh gigi palsu pada kedudukannya sepanjang hari, jadi anda diberi jaminan bahawa gigi tidak akan bergerak atau beralih dalam mulut anda. Ini membolehkan anda bercakap dengan jelas dan senyum tanpa perlu risau akan gigi palsu anda.
- Meningkatkan daya kunyahan dan membantu mengelakkan sisa makanan tersekat antara gusi dan gigi palsu anda. Ini dapat membantu mencegah kesakitan dan kerengsaan serta meningkatkan keselesaan, membuatkan anda kembali berkongsi nikmat makanan bersama-sama keluarga dan rakan anda.
APAKAH PELEKAT GIGI PALSU YANG HARUS DIGUNAKAN?
Pelekat gigi palsu boleh didapati dalam pelbagai bentuk termasuk krim gigi palsu, pelekat serbuk gigi palsu dan jalur pelekat gigi palsu – Polident mempunyai pelbagai rangkaian produk supaya anda dapat memilih produk yang paling sesuai dengan keperluan anda. Menggunakan produk pelekat Polident akan memberikan pegangan kukuh sepanjang hari dan membantu menyekat sisa makanan yang mengganggu yang boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Sekiranya anda memakai gigi palsu, separa atau penuh, pelekat gigi palsu Polident dapat membantu anda berasa selesa dan yakin, memberikan anda keyakinan untuk meneruskan kehidupan sepenuhnya dan menikmati keseronokan makanan bersama rakan dan keluarga anda.
ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA
Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022