MEMASTIKAN GIGI PALSU ANDA PADAN DENGAN SELESA

Adalah penting anda berasa selesa dengan gigi palsu anda – ia tidak sepatutnya menyekat anda dalam sebarang aspek cara hidup anda. Jika anda memakai gigi palsu buat pertama kali, gusi anda mungkin berasa sakit dalam tempoh permulaan itu – ini sama sekali normal, dan semakin biasa mulut anda dengannya, tidak lama ia akan hilang.

Woman eating food

Di sini adalah beberapa petua penting bagi membantu mempercepatkan tempoh penyesuaian ini dan membantu anda berasa lebih yakin dengan senyuman baharu anda:

BERIKAN IA MASA

Ramai orang terus sesuai dengan gigi palsu baharu, tetapi bagi yang lain, ia boleh mengambil masa beberapa bulan sebelum mereka biasa dengan padanan dan rasa tersebut. Apabila tiba masa lawatan pemeriksaan yang pertama, anda berkemungkinan telah memakai gigi palsu baharu tersebut selama lebih kurang seminggu. Berasa sedikit tidak selesa dan mengalami sedikit kesukaran apabila bercakap dalam tempoh penyesuaian kepada gigi palsu anda, adalah perkara biasa. Tetapi lama kelamaan, rahang dan gusi anda akan menyesuaikan diri dengan gigi palsu baharu tersebut dan anda boleh kembali berasa seperti diri anda sendiri semula.
 

MENGGUNAKAN PELEKAT GIGI PALSU

Menggunakan pelekat gigi palsu seperti pelekat Polident boleh membantu anda menyesuaikan diri dengan lebih cepat kepada pemakaian gigi palsu anda. Pelekat boleh meningkatkan keyakinan anda semasa makan, bertutur dan senyum, dan membentuk pengadang bagi membantu menghalang makanan daripada terselit antara gigi palsu dan gusi, bermakna anda boleh terus menikmati kebanyakan daripada makanan kegemaran anda.
 

PENJAGAAN GIGI PALSU ANDA

Memastikan gigi palsu anda dijaga dengan betul akan mengurangkan kemungkinan sebarang masalah di masa hadapan. Simpannya semalaman terendam dalam air di dalam bekas untuk mengelakkan ia daripada meleding atau berubah bentuk.

Satu rutin pembersihan gigi palsu yang teliti adalah penting – pembersih gigi palsu khas seperti tablet pembersih Polident akan membunuh 99.9% bakteria*, memberi anda keyakinan mulut yang berasa segar.
 

RAWAT SEBARANG KESAKITAN SEGERA

Semakin anda biasa dengan gigi palsu baharu anda, anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan, yang mana akan surut bila mulut anda mula menyesuaikan diri. Jika gusi anda berterusan berasa sakit untuk satu jangka masa yang panjang, gigi palsu anda mungkin perlu diperbetulkan. Hanya satu pembetulan kecil boleh memberi anda keselesaan yang berbeza dengan cepat.
 

...DAN BAGAIMANA JIKA GIGI PALSU SAYA MENJADI LONGGAR PADA KEMUDIAN HARI?

Gigi palsu boleh menjadi longgar kerana pemakaian biasa atau resorpsi tulang – satu proses di mana mulut dan rahang anda berubah dengan masa, mengakibatkan pemasangan gigi palsu anda kurang rapat. Doktor gigi anda sepatutnya boleh mengenal pasti dengan cepat dan membetulkan sebarang masalah gigi palsu anda, maka lawatan berkala adalah penting. Mengambil langkah memastikan gigi palsu kekal dengan padanan selesanya bermakna anda boleh meneruskan hidup dengan normal dan tidak membenarkan perkara-perkara kecil mengganggu.

* Peratus yang dicapai dalam ujian makmal

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022