MENANGANI MAKANAN YANG LEBIH MENCABAR
Pemakaian gigi palsu (gigi tiruan) tidak akan menghalang anda daripada mengambil makanan yang anda gemari, walaupun ianya benar bahawa jika anda sudah biasa dengan memakai gigi palsu, anda mungkin pada awalnya berhadapan dengan kesukaran dengan makanan tertentu. Namun, dalam masa yang singkat anda seharusnya dapat menikmati kembali sebahagian besar makanan yang anda gemari.
Menjaga rancangan makanan anda dan memastikan bahawa anda memasukkan semula makanan yang berbeza ke dalam diet anda apabila anda sudah bersedia merupakan idea yang baik. Untuk nasihat lanjut berkenaan cara pengambilan makanan dengan gigi palsu, teruskan membaca.
MAKANAN PANAS DAN SEJUK
Sementara anda masih lagi menyesuaikan diri dengan gigi palsu anda, anda mungkin berasa sukar untuk merasa makanan yang sangat panas atau sejuk dalam mulut anda. Cuba biarkan makanan panas atau secawan teh atau kopi anda cukup masa untuk menyejuk sedikit, untuk memastikan mulut anda dalam keadaan selesa.
MAKANAN SUKAR
Adalah penting untuk menyesuaikan tabiat makan anda semasa anda sedang membiasakan diri dengan gigi palsu baharu. Anda mungkin berasa lebih mudah untuk cuba mengambil makanan yang lebih lembut seperti sup dan puri. Anda juga mungkin boleh mempertimbangkan untuk tidak mengambil makanan yang keras dan sukar dikunyah bagi beberapa minggu pertama, sehingga mulut anda sudah terbiasa dengan rasa pemakaian gigi palsu. Berhati-hati dengan makanan seperti stik, roti gandum, kekacang dan gula-gula keras sehingga anda mula rasa lebih selesa untuk mengunyah.
Apabila anda mencuba makanan yang lebih sukar buat kali pertama, pastikan anda memotong makanan menjadi kepingan kecil untuk memudahkan anda mengunyah. Mengambil makanan yang lebih keras diselangi dengan minuman boleh menjadikannya lebih mudah dikunyah.
Adalah penting bagi anda meluangkan masa untuk membiasakan diri dengan gigi palsu dan memperkenalkan makanan baharu mengikut tahap anda sendiri pada waktu makan. Untuk memberikan anda keyakinan dan keselesaan tambahan, pelekat gigi palsu Polident dapat membantu menyekat sisa makanan, jadi anda dapat menikmati pelbagai jenis makanan kegemaran anda.
ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA
Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022