BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN GIGI PALSU DARIPADA MENGAKIBATKAN KESAKITAN?
Memasang gigi palsu baharu atau tanam gigi boleh membantu anda kekal yakin apabila tersenyum, ketawa dan makan. Apabila anda baru sahaja memasang gigi palsu, mengalami ketidakselesaan pada awalnya adalah biasa, kerana gigi palsu baharu mengambil masa dua hingga empat minggu untuk tetap betul dalam gusi anda.
APA YANG BOLEH MENYEBABKAN KESAKITAN?
Adalah sama sekali normal untuk gusi anda berasa sakit pada mulanya sementara anda menyesuaikan kepada gigi palsu anda, namun begitu, jika ia berterusan memberi anda masalah, anda mungkin patut berbicara dengan doktor gigi anda.
Jika gigi palsu anda dirasai tidak padan sebaik yang patut, ia mungkin patut diganti kerana gigi palsu yang tidak padan dengan baik boleh menyebabkan sakit dalam mulut atau jangkitan. Penyesuaian kecil boleh memberikan perbezaan yang besar kepada bagaimana padan dan rasanya gigi palsu anda.
Gigi palsu yang longgar kedudukannya boleh juga menyebabkan ketidakselesaan apabila makan dan bercakap kerana makanan boleh terperangkap di bawah gigi palsu anda dan menyebabkan iritasi pada gusi anda.
BAGAIMANA INI BOLEH DIELAKKAN?
Doktor gigi anda seharusnya boleh memberikan anda beberapa kaedah yang anda boleh cuba bagi membantu melegakan sebarang ketidakselesaan gusi, dan merasakan seperti diri anda sendiri semula.
Untuk mengelakkan mulut anda daripada berasa sakit ketika makan, cuba kunyah makanan perlahan-lahan kerana ini boleh membantu gusi pulih sepenuhnya jika gigi palsu anda adalah baharu. Anda juga mungkin ingin menimbangkan untuk menggunakan pelekat gigi palsu bagi membantu mengadang sebarang sisa makanan daripada memasuki di bawah gigi palsu dan menyebabkan iritasi.
Doktor gigi anda boleh memberi anda nasihat tentang bagaimana untuk menyesuaikan diri kepada pemakaian gigi palsu baharu anda semasa tempoh peralihan, dan memastikan ia padan dengan selesa yang mungkin.
Untuk melegakan gusi anda selepas pemakaian gigi palsu yang berpanjangan, anda mungkin ingin mencuba untuk menggunakan air garam. Mencampurkan setengah sudu kecil garam kepada sekurang-kurangnya setengah cawan air suam akan membantu memulihkan dan melegakan sebarang kesakitan di dalam mulut anda.
Membersihkan gigi palsu anda setiap hari akan membantu menghapuskan bakteria, supaya gigi palsu anda terus berasa segar. Adalah penting untuk anda berjumpa doktor gigi anda selalu, supaya mereka boleh memeriksa gigi palsu anda dan keseluruhan mulut anda, dan sebarang masalah boleh diselesaikan.
MEMBERSIHKAN GIGI PALSU ANDA
Untuk mengelakkan kerosakan dan untuk mengekalkan keadaan terbaik gigi palsu anda, adalah penting untuk menjaganya seperti anda menjaga gigi asli anda. Dengan adanya rutin pembersihan harian yang teliti, akan membantu memastikan yang gigi palsu anda disimpan dalam keadaan yang terbaik mungkin dan anda boleh terus tersenyum.
Mungkin terbaik bagi anda untuk berunding dengan doktor gigi anda, jika anda mengalami ketidakselesaan yang berpanjangan. Mereka akan dapat memeriksa gigi palsu anda dan memastikan ia padan dengan betul jika ia mula berasa tidak selesa.
ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA
Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022