Soalan umum

Tablet Pembersih Gigi Palsu

Pelekat Gigi Palsu

  • 1. Bagaimanakah saya menggunakan pelekat gigi palsu Polident?

    1. Bersih dan keringkan gigi palsu.
    2. Sapukan dalam jalur kecil seperti yang ditunjukkan. Jangan terlalu dekat dengan tepi gigi palsu.
    3. Bilas mulut dengan air.
    4. Lekatkan gigi palsu pada tempatnya dengan kemas dan gigit seketika untuk memantapkan posisinya.
  • 2. Bolehkah saya menggunakan pelekat gigi palsu dengan kerap?

    Pelekat gigi palsu Polident mempunyai profil yang terbukti berkesan sekiranya digunakan mengikut arahan label. Jutaan orang menggunakan pelekat GSK dengan kerap tanpa sebarang masalah apabila digunakan seperti yang diarahkan. Pengguna disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi mereka secara berkala untuk memastikan gigi palsu dipasang dengan betul.

  • 3. Adakah terdapat had kepada jumlah pelekat gigi palsu yang perlu saya gunakan dalam sehari?

    Anda harus sentiasa mengikut arahan penggunaan pada label dan menggunakan sejumlah kecil yang diperlukan untuk memperoleh manfaat yang dikehendaki. Penggunaan sekali sehari mengikut arahan penggunaan telah terbukti dapat memberikan pegangan sepanjang hari.

  • 4. Apa yang akan berlaku sekiranya saya tertelan sedikit pelekat?

    Pelekat gigi palsu biasanya digunakan tanpa masalah dan mempunyai profil keselamatan yang terbukti mantap sekiranya digunakan seperti yang diarahkan. Menelan pelekat gigi palsu dalam jumlah yang sedikit secara tidak sengaja adalah tidak berbahaya. Menelan pelekat gigi palsu dalam jumlah besar harus dielakkan. Sila rujuk kepada profesional penjagaan kesihatan jika anda mempunyai kebimbangan terhadap jumlah yang anda telan.

  • 5. Mengapakah saya kadangkala mengalami lelehan semasa menggunakan pelekat gigi palsu Polident?

    Apabila anda mengalami lelehan krim pelekat gigi palsu yang keluar dari bawah gigi palsu, itu merupakan tanda bahawa anda menggunakan terlalu banyak pelekat. Jika lelehan berlaku, kurangkan jumlah pelekat gigi palsu yang anda gunakan. Ingat bahawa pelekat gigi palsu Polident memberi pegangan sepanjang hari, jadi anda tidak perlu menggunakannya lebih daripada sekali dalam sehari.

  • 6. Berapa lamakah pelekat gigi palsu Polident mampu memberi pegangan?

    Perumusan kami memberikan pegangan yang berkesan sepanjang hari untuk gigi palsu yang dipasang dengan baik (sehingga 12 jam) — bergantung kepada individu, pemasangan gigi palsu, dan jumlah air liur di dalam mulut serta makanan dan minuman yang diambil. Berjumpa doktor gigi anda secara berkala. Gigi palsu yang tidak sesuai boleh memberi kesan kepada kesihatan anda.

  • 7. Bagaimanakah pembersih gigi palsu Polident berfungsi?

    Pelekat Polident telah ditunjukkan dalam kajian klinikal dapat memberikan manfaat kepada pengguna dalam pegangan gigi palsu sepanjang hari dan menyekat kemasukan sisa makanan. Pegangan gigi palsu secara fizikal berlaku apabila pelekat mengembang akibat kelembapan (air liur) dan menghalang kemasukan udara antara permukaan gigi palsu dengan permukaan tisu. Ruang kosong antara gigi palsu dan gusi dikurangkan, memberikan lebih keyakinan kepada pesakit untuk menggigit dengan lebih kuat dan mengambil makanan sihat yang beraneka jenis.

  • 8. Bagaimanakah pelekat gigi palsu Polident menghalang kemasukan makanan?

    Pelekat gigi palsu Polident menghidrat untuk membentuk penghalang fizikal antara gusi dan permukaan gigi palsu. Penghalang fizikal ini berfungsi untuk menyekat sisa makanan daripada terperangkap di antara gusi dan gigi palsu.

  • 9. Bagaimanakah saya mengeluarkan pelekat daripada mulut dan gigi palsu saya?

    Anda harus lalukan mulut anda dengan air suam dan kemudian keluarkan gigi palsu perlahan-lahan dengan mengayunkannya.

    Tanggalkan baki pelekat dari gigi palsu dan mulut dengan air suam dan berus lembut.

    Gunakan Tablet Pembersih Gigi Palsu Polident untuk membersihkan gigi palsu anda dengan teliti dan bilas dengan air – atau seperti yang dinyatakan oleh arahan pada pek.

  • 10. Adakah produk Gigi palsu GSK mengandungi zink?

    Pada masa ini, produk gigi palsu GSK tidak mengandungi zink. Pelekat gigi palsu GSK yang mengandungi zink dihentikan pengeluarannya pada bulan Februari 2010.

  • 11. Adakah produk Kesihatan Oral GSK mengandungi triclosan?

    Pada tahun 2008, Penjagaan Kesihatan Pengguna GSK mengambil keputusan untuk mengeluarkan triclosan daripada produk penjagaan oral, di seluruh dunia. Triclosan dikeluarkan daripada semua produk penjagaan oral, menjelang Januari 2013.

    *dalam ujian makmal
    Tanda dagangan dimiliki oleh atau diberi lesen kepada kumpulan syarikat GSK.

    ©2021 Kumpulan syarikat GSK atau pemberi lesennya.

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022