NASIHAT UNTUK TIDUR DENGAN GIGI PALSU

Gigi palsu baharu anda (juga dikenali sebagai gigi tiruan) boleh meningkatkan keyakinan diri anda, sehingga anda mungkin ingin memakainya semalaman, walaupun ianya tidak digalakkan. Berikut adalah beberapa maklumat berguna mengapa tidak baik masuk tidur dengan gigi palsu dan memakainya 24 jam sehari.

woman getting closer to others

BIARKAN GUSI ANDA BEREHAT

Adalah penting untuk anda menyesuaikan diri dengan bentuk atau pemasangan gigi palsu anda, tetapi anda juga harus membiarkan gusi anda berehat. Bagi minggu pertama, anda patut memakai gigi palsu pada setiap masa, kecuali ketika anda sedang tidur atau apabila gigi palsu perlu dibersihkan selepas makan.
Anda mungkin berasa selesa dengan pemakaian gigi palsu namun tiada masa yang lebih baik untuk merehatkan mulut daripada ketika anda sedang tidur.
 

MENGEKALKAN GIGI PALSU ANDA

Memakai gigi palsu semalaman dengan kerap boleh menyebabkan pengumpulan bakteria, dan boleh menyebabkan mulut berbau atau paling teruk, jangkitan.
Untuk memastikan gigi palsu anda kelihatan bersih dan terasa segar, anda harus mengamalkan rutin pembersihan harian. Dengan cara ini, anda akan dapat menyingkir bakteria atau plak yang melekat pada gigi palsu untuk membantu anda berasa yakin dalam perjumpaan sosial. Merendam gigi palsu anda dalam larutan tablet pembersih seperti yang ditawarkan dalam rangkaian Polident akan dapat membersihkan gigi palsu anda dengan sempurna, dan membantu mengeluarkan sisa makanan yang mungkin tidak dapat dicapai dengan berus gigi. Dengan mengikut arahan pada pek, anda akan mempunyai gigi palsu yang lebih bersih, lebih segar dan lebih cerah.

Anda harus memastikan air yang anda gunakan untuk larutan pembersih anda adalah suam, tidak panas – kerana ini boleh merosakkan permukaan gigi palsu – dan pastikan paras air menutup gigi palsu anda sepenuhnya, supaya gigi palsu tidak kering.
Kemudian anda mesti membilas gigi palsu anda dengan teliti dengan air yang mengalir, sebelum meletakkannya kembali ke dalam mulut.
Untuk memastikan gigi palsu tidak rosak semasa anda tidak memakainya, simpannya di dalam air dan di tempat yang selamat dan terjamin.

Dengan menanggalkan gigi palsu anda pada waktu malam dan mengamalkan rutin pembersihan harian, anda akan dapat memastikan gigi palsu anda kelihatan bersih dan terasa segar. Air liur di mulut anda juga membentuk perlindungan semula jadi untuk gusi anda daripada sebarang bakteria yang berpotensi, dan membantu melindungi gusi anda daripada bakteria.

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022