MENJAGA ORANG TERSAYANG YANG MEMAKAI GIGI PALSU

Untuk memberikan sokongan dan bimbingan terbaik kepada rakan atau keluarga, anda perlu mengetahui cara pemasangan berfungsi, tempoh masa yang diperlukan dan bentuk proses penyesuaiannya. Walau bagaimanapun, anda juga perlu mengetahui cara terbaik untuk menawarkan sokongan dan bimbingan – pada masa yang sama anda juga perlu berhati-hati tentang prosedur yang sangat sulit dan bersifat peribadi.

Woman and man up close to each other

Untuk membantu anda dalam hal ini, kami telah mengumpul beberapa cadangan dan petua berguna untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar, sebelum dan sesudah pemasangan:

SEMASA JANJI TEMU DENGAN DOKTOR

Setiap orang memberikan reaksi yang berbeza ketika berjanji temu dengan doktor gigi. Walau bagaimanapun, sekiranya boleh, orang yang anda sayangi mungkin sangat menghargai kehadiran anda bersama mereka semasa janji temu dengan doktor. Sebagai permulaan, akan terdapat maklumat berkenaan prosedur yang perlu diterima dan keputusan perlu dibuat dalam memilih jenis gigi palsu yang akan dipasang yang memerlukan pertimbangan anda berdua. Jika anda atau orang yang anda sayangi kurang jelas tentang sebarang maklumat, jangan takut untuk meminta maklumat lanjut daripada doktor gigi. Selain daripada aspek praktikal bagi potensi mencabut gigi daripada mulut dan menggantikannya dengan gigi palsu, terdapat juga nilai estetik yang perlu dipertimbangkan. Dalam erti kata lain, rakan atau keluarga anda mungkin memerlukan pendapat kedua berkenaan dengan beberapa aspek seperti warna dan bentuk.

Apabila tiba pada hari pemasangan, orang yang anda sayangi mungkin merasakan bahawa keselesaan terbaik adalah yang paling mudah – bahawa anda ada di sana bersama dengan mereka pada awal dan akhir prosedur. Jangan memandang rendah pada kuasa wajah yang ramah dan senyuman yang menenangkan.
 

SELEPAS JANJI TEMU DENGAN DOKTOR

Duduk bersama orang yang anda sayangi sementara mereka membiasakan diri dengan pemakaian gigi palsu dapat memberikan perbezaan dalam membantu mereka menyesuaikan diri dengan perubahan pada mulut mereka dan permulaan rutin kesihatan oral yang baharu. Sehari selepas pemasangan, gigi palsu harus dikeluarkan dengan lembut dan mulut mesti dibilas. Anda boleh membantu dengan melarutkan satu sudu teh garam dalam segelas air panas untuk membilas bahagian yang terkena dengan sempurna.

Salah satu cara terbaik untuk membantu orang yang anda sayangi pada ketika ini adalah dengan membuat rutin pembersihan harian dengan produk pembersih gigi palsu khas seperti tablet, ubat gigi dan berus gigi untuk membantu memastikan gigi palsu bebas daripada bakteria dan kesan kotoran. Ini bermaksud sekiranya terdapat waktu-waktu yang anda tidak dapat berada bersama dengan mereka, rakan atau keluarga anda akan tahu tindakan yang harus dilakukan untuk memastikan gigi palsu mereka berada dalam keadaan baik.
 

MEMBIASAKAN DIRI DENGAN GIGI PALSU

Seperti kebanyakan situasi baharu yang lain, sedikit masa mungkin diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan gigi palsu. Pada peringkat awal, proses bercakap dan makan mungkin akan terganggu, oleh itu, memilih makanan yang lembut bagi minggu pertama lebih digalakkan. Untuk membantu orang yang anda sayangi terbiasa dengan pemakaian gigi palsu, mereka harus memakainya sepanjang hari sekurang-kurangnya pada minggu pertama, hanya mengeluarkannya untuk dibersihkan selepas makan dan pada waktu malam. Pelekat gigi palsu juga boleh digunakan untuk memberikan keyakinan tambahan ketika makan dan bercakap.
Lama kelamaan, gigi palsu boleh menjadi longgar. Ini disebabkan tulang rahang mereka mengecut kerana tidak lagi dirangsang oleh pergerakan gigi semula jadi mereka. Penjajaran semula mungkin perlu dilakukan dan orang yang anda sayangi harus bercakap dengan doktor gigi berkenaan perkara ini.

Pastinya, ketahuilah bahawa setiap orang berbeza – dan rakan atau keluarga anda mungkin mempunyai kehendaknya sendiri ketika pemasangan gigi palsu. Oleh itu, sebelum mereka berjanji temu, idea yang baik adalah dengan berbincang dengan mereka tentang keseluruhan prosesnya. Adakah mereka memahami prosedur dan bagaimana prosedur dilakukan? Adakah mereka tahu tentang apa yang perlu dijangkakan selepas itu? Adakah mereka jelas tentang rutin kesihatan oral baharu yang perlu mereka ikut? Bersedia untuk keadaan tersebut bermakna anda akan dapat merancang lebih awal dan menawarkan sokongan yang mereka perlukan ketika mereka menyesuaikan diri dengan gigi palsu mereka.

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022