BAGAIMANA HENDAK MEMBERSIHKAN GIGI PALSU?
Seperti gigi biasa, gigi palsu cenderung untuk mengumpulkan plak, bakteria, tartar dan kesan kotor. Kebersihan mulut yang tidak betul boleh membawa kepada pengumpulan plak dan bakteria yang berlebihan yang mana boleh menyebabkan iritasi, pembengkakan dan malahan jangkitan gusi. Untuk mengekalkan kesihatan mulut dan membantu melegakan sebarang masalah gigi palsu, satu rutin pembersihan gigi palsu harian yang baik disyorkan.
Yayasan Kesihatan Mulut dengan pembiayaan dari GSK telah menghasilkan satu set garis panduan yang disyorkan untuk penjagaan gigi palsu optimum yang terdiri daripada 4 langkah mudah: https://www.dentalhealth.org/denturecareguidelines
Seperti yang dilihat di dalam video, adalah penting untuk mengikuti 4 langkah ini* bagi menjaga mulut anda supaya kelihatan dan berasa terbaik.
LANGKAH 1: RENDAM
Masukkan satu pil pembersih gigi palsu ke dalam air suam dan rendam gigi palsu tersebut untuk jangka waktu seperti yang dinyatakan pada bungkusan produk. Air seharusnya mencukupi untuk menutupi gigi palsu sepenuhnya. Anda mungkin ingin menggunakan pembersih gigi palsu pakar, seperti Polident, dalam rutin pembersihan tetap anda.
LANGKAH 2: BERUS
Gunakan berus gigi lembut dan larutan pil pembersih untuk memberus gigi palsu dengan lembut untuk membuang serpihan-serpihan yang tertinggal sebelum membilasnya dengan menyeluruh. Berus gigi palsu pakar disediakan. Elakkan daripada menggunakan ubat gigi biasa, kerana kesan kasarnya boleh menyebabkan calar-calar kecil pada permukaan gigi palsu, yang mana kemudian menyebabkan bakteria terkumpul.
LANGKAH 3: BIARKAN GIGI PALSU DI LUAR SEMALAMAN
Elakkan daripada memakai gigi palsu anda 24 jam sehari kerana ini boleh menyebabkan iritasi dan pembengkakan gusi. Adalah satu amalan yang baik untuk menanggalkan gigi palsu anda pada penghujung hari untuk memberi kerehatan kepada mulut dan gusi anda. Anda seharusnya mensasarkan untuk mengeluarkan gigi palsu anda antara empat hingga lapan jam setiap hari.
LANGKAH 4: JUMPA DOKTOR GIGI ANDA SECARA BERKALA
Jadualkan perjumpaan berkala dengan doktor gigi anda supaya mereka boleh memeriksa gigi palsu anda dan keseluruhan mulut anda dan juga memberi nasihat mengenai sebarang isu yang anda mungkin hadapi.
* Sentiasa ikut arahan pada pek.
ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA
Anda akan meninggalkan laman web GSK. Dengan mengklik pautan di bawah, anda akan dibawa ke laman web luaran yang tidak diuruskan oleh GSK. Laman web yang anda pautkan tidak dikendalikan atau disokong oleh GSK, dan GSK tidak bertanggungjawab terhadap kandungan di laman web tersebut. Sekiranya anda tidak mahu meninggalkan laman web ini, jangan klik pautan di bawah.
Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022