MINGGU PERTAMA ANDA: PANDUAN ANDA UNTUK MENGHADAPINYA DENGAN TERBUKA
Jika anda risau tentang hari gigi anda akan dicabut atau bagaimana minggu pertama bersama dengan gigi palsu itu akan berjalan, siapa lagi yang lebih baik ditanya daripada orang yang telah melaluinya! Jadi bersama-sama dengan nasihat pakar kami, kami bertanya kepada pemakai gigi palsu tentang beberapa minggu pertama mereka dan tip teratas mereka yang mereka mahu anda tahu…
BAGAIMANA HENDAK BERSEDIA
• Jadikan diri anda berwibawa dengan memastikan yang anda tahu dengan tepat apa yang akan berlaku pada hari itu.
‘Doktor gigi saya menerangkan segalanya dengan teliti kepada saya,’ kata Greg, 57, yang mendapatkan gigi palsu separa atas. ‘Dia kata kebanyakan orang bimbang tentang kesakitan semasa prosedur dan satu-satunya yang anda harus rasa sepanjang prosedur itu ialah cubitan kecil apabila mereka berikan anda suntikan kebas. Selain daripada itu, katanya, anda akan mendengar bunyi-bunyian yang sedikit mencemaskan, tetapi anda tidak akan berasa sakit. Dia memberitahu saya berapa lama saya akan berasa pening-pening dan berapa lama ia ambil untuk hilang, dan apa jenis ubat sakit yang ditentukan untuk saya bagi penjagaan selepasnya.’ 1
‘Apa yang berlaku boleh jauh berbeza,’ kata Donna, 58, yang mendapatkan gigi palsu penuh atas dan gigi palsu separa bawah. ‘Saya tidak mendapatkan semuanya dalam satu lawatan. Saya buat tiga..’ 2
• Jika anda berasa cemas menjelang pembedahan, cuba ambil masa beberapa minit untuk membuat pernafasan dalam, bagi menenangkan tubuh dan minda anda. Duduk diam dan tarik nafas perlahan, sambil mengira bilangan saat ia ambil, dan kemudian hembus nafas selama bilangan saat yang sama. Lakukan ini untuk beberapa minit bila-bila masa anda berasa semakin cemas.
‘Saya ikut aplikasi pernafasan yang saya ada, secara amnya hanya untuk menenangkan saya sepanjang hari ,’ kata Lucy, 56, yang mendapatkan gigi palsu separa bawah, ‘jadi sudah tentunya saya lakukannya sebelum masuk.’ 3
• Fikirkan gambaranyang lebih besar. ‘Saya terus fikir, “Oh, ia akan menjadi lebih baik, saya akan mendapat senyuman saya balik.”, cuba memikirkan hasilnya berbanding dengan apa yang sedang berlaku,’ kata Karen, 52, yang mendapatkan gigi palsu separa atas. 4
• Bersama dengan kesan fizikal, mungkin juga terdapat kesan emosi yang kuat akibat ketiadaan gigi. ‘Saya terkesan secara mental dengan sedikit pelik, saya pun tak tahu kenapa.’ kata Lucy. ‘Mungkin minda saya seolah berkata, “Okey, tak semua bahagian saya semula jadi lagi”, Saya tak tahu. Saya hendak orang bersedia. Saya tidak menjangka langsung aspek emosi itu.’ 5
MAKAN
Sebagai pemakai gigi palsu baharu, anda perlu menyesuaikan bagaimana anda makan dalam minggu pertama, terutamanya pada hari pertama itu, kerana bahagian pencabutan akan sakit dan anda akan belajar bagaimana untuk menggigit dan mengunyah menggunakan gigi palsu.
• Makanan sejuk boleh melegakan gusi yang sakit. ‘Pembantu pergigian itu memberitahu saya untuk mendapatkan ais krim batang atau ais krim untuk mengurangkan bengkak di dalam mulut saya,’ kata Tammy, 46, yang mendapatkan gigi palsu separa bawah. ‘Jadi itulah yang saya makan pada minggu pertama.’ 6
• Yang penting ia lembut dan bernutrisi. ‘Terdapat banyak sup, banyak puding, banyak kentang lecek dengan yang lain dicampur masuk – semua sangat lembut,’ kata Lucy. ‘Saya masukkan banyak protein kerana saya bimbang tak dapat protein jika saya tidak makan daging – jadi kacang bagus kerana ia ternyata lembut.’ 7
• Fikirkan cara lain untuk menyediakan makanan kegemaran anda. ‘’ Saya hanya sesuaikan cara saya memasak,’ kata Tammy. ‘Daripada menggoreng, saya membakar makanan kerana ia membuatkannya lebih lembut atau saya akan stimnya.’ 8
• Anda mungkin perlu mengelak sebahagian makanan yang anda suka pada mulanya, tetapi anda akan temui jalannya. ‘Itulah cabaran terbesarnya,’ kata Lucy. ‘Saya seakan, “Oh, adakah ia akan berasa longgar? Bolehkah saya makan sesuatu yang lebih keras?” Dan pada permulaannya saya tidak, saya beransur-ansur ke arahnya.’ 9
MINGGU PERTAMA ANDA DENGAN GIGI PALSU
Setiap orang lain rasanya – setengah berasa kurang selesa; ada gigi palsu yang terus muat dengan sempurna, ada yang tidak. Apa-apa pun, anda akan sedar perbezaannya sehingga anda telah terbiasa dengan rasa kehadiran sesuatu di dalam mulut anda.
• ‘Ia tidak langsung berasa semula jadi masa mula-mula memakainya,’ kata Greg, 57. ‘Rasa seperti sentiasa ada sesuatu di dalam mulut saya pada minggu pertama. Ia menyakitkan gusi saya. Tidaklah teruk sangat, tetapi ia tidak memuaskan. Saya terpaksa berulang dua kali dan doktor gigi itu terpaksa membuat perubahan bagi memuatkannya. Tetapi sebaik sahaja ia selesai, sebaik sahaja gusi saya terbiasa dengannya, semua baik sahaja.’ 10
• Bersedialah kerana ia mengambil masa, tetapi yakinlah yang ia akan berakhir. ‘Dalam berbulan lamanya juga untuk saya tidak lagi berasa ada sesuatu di dalam mulut saya,’ kata Ed. ‘Sebaik sahaja anda melalui pengulangan itu sedikit, anda tidak lagi akan memikirkannya.’ 11
PERTUTURAN
Memakai gigi palsu boleh secara sementara mempengaruhi cara anda bercakap, seperti pelat atau tidak dapat mengeluarkan bunyi tertentu – ia satu proses yang normal dan akan menjadi baik sebaik sahaja anda terbiasa dengannya.
• ‘Saya tidak rasa ia ada kena mengena dengan perkataan tertentu,’ kata Ed, 62, yang mendapatkan gigi palsu separa atas. ‘Ia hanya sedar kendiri bahawa ia berada di situ. Saya perlahankan percakapan saya pada mulanya. Dan saya rasa ia hanya sesuatu yang melibatkan mental kerana saya tidak mahu bercakap terlalu cepat dan mungkin gigi palsu itu akan terganjak atau seumpamanya.’ 12
• Greg tidak berapa ingin untuk memberitahu orang tentang gigi palsunya, tetapi dia akan melakukannya jika perbezaan dalam pertuturannya menjadikan ia perlu. ‘Kecuali mereka berkata “Saya tak faham itu,” atau mereka menyuruh saya mengulangi sesuatu, saya tidak akan berkata apa-apa. Tetapi jika mereka ada berkata seperti itu, saya akan terangkan, awak tahu, saya baru saja memasang gigi palsu separa, ia mempengaruhi sedikit cara saya menyebut perkataan sehingga saya biasa dengannya.’ 13
• ‘Saya malu dengan cara saya bercakap jadi apabila saya di rumah sendirian, saya akan membaca buku dengan kuat untuk memperbaikinya,’ kata Debra, 58, yang mendapatkan gigi palsu separa atas. Ini adalah tip yang bagus dan membantu anda belajar semula bunyi yang berlainan yang datang dari pertuturan. Lakukan di depan cermin untuk meyakinkan diri anda bahawa dengan gigi palsu itu anda kelihatan normal apabila bercakap dengan orang lain. 14
KELUAR/KEMBALI BEKERJA
Berbincang dengan doktor gigi anda tentang sama ada anda perlu bercuti dan bila seterusnya anda mungkin keluar.
• ‘Saya ambil cuti minggu itu,’ kata Lucy, yang dibiarkan dengan ruang giginya selama seminggu sehingga dia mendapat gigi palsunya. ‘Doktor saya ada memberitahu kemungkinan yang ia akan mengambil masa selama itu, jadi saya bertindak dengan mengambil cuti.’ 15
• Ed teringat rasa gementarnya apabila hendak keluar. ‘Pertama kali keluar, adakah mereka akan perasan perbezaan dalam percakapan saya?,’ katanya. ‘Apabila saya berurusan dengan pekerja, perkara yang sama. Ia lebih kepada sesuatu yang separa sedar. Adakah mereka akan perasan perbezaan pada pipi saya? Adakah mereka akan perasan bagaimana saya bercakap? Tetapi saya terpaksa. Perkara seperti ini memang berlaku - anda keluar dan serangnya. Semakin saya menangguh, semakin saya berasa takut. Jadi keluarlah, lakukannya, dan cakap. Semakin saya keluar dan bercakap, semakin saya terbiasa dengannya.’ 16
MEMBERITAHU ORANG
Memilih sama ada hendak memberitahu orang atau tidak tentang gigi palsu baharu anda adalah satu keputusan yang sangat peribadi, seperti yang anda akan lihat di bawah dari perasaan yang bercampur pemakai gigi palsu baharu kami. Tetapi walaupun anda tidak menghebahkannya dengan meluas, anda akan dapati memberitahu orang terdekat boleh membantu anda berasa disokong.
• ‘Kakak saya tahu, abang saya tahu, saya tak malu,’ kata Lucy. ‘ Saya seakan, “Oh ya, saya ada janji temu besar dengan doktor gigi saya Khamis depan”. Saya sangat terbuka tentangnya dan tidak mempunyai masalah.’ 17
• ‘Saya tidak berbincang tentangnya,’ kata Ed. ‘Ia satu rahsia kecuali dengan keluarga saya.’ 18
• ‘Saya beritahu keluarga saya,’ kata Karen. ‘Saya teruja, dan akhirnya setelah saya memakainya, awak tahu, saya sangat teruja dengannya. Saya rasa kami lebih terbuka mengenainya sekarang. Terdapat banyak iklan klinik gigi yang menawarkan perundingan percuma untuk membetulkan gigi anda, dan untuk implan dan gigi palsu. Jadi saya tidak rasa ia sesuatu yang tidak kena – orang sering memperkatakannya.’ 19
• ‘Saya tidak pernah membincangkannya,’ kata Leonard, 54, yang memakai gigi palsu separa atas. ‘Saya benci sungguh bila saya terlupa untuk memakai gigi palsu saya dan kemudian keluar dengan kawan-kawan saya. Saya tak nak ia berlaku, jadi saya selalu ingat untuk memakai gigi palsu saya dan tidak menampakkan yang saya kehilangan satu gigi.’ 20
SENARAI MEMBELI-BELAH MINGGU PERTAMA ANDA
Sup
Minuman buah pekat berkrim
Ais krim batang
Ais krim
Ais
Sayur-sayuran untuk dibakar
Kacang dalam tin atau kekacang, seperti kacang ginjal, kacang parang, atau kacang kuda
Majalah/buku
Beberapa set kotak
Ubat penahan sakit – doktor gigi anda akan memberi nasihat tentang keperluan anda
RUJUKAN LUARAN
Temu ramah dengan pemakai gigi palsu – Data GSK dalam fail
RUJUKAN DALAMAN
1 Greg, 57 – dari Temu ramah 2, p4 (tiada cap waktu diberi)
2 Donna, 58 – dari Temu ramah 5, p10 (tiada cap waktu diberi)
3 Lucy, 56 – dari Temu ramah 4, p7 (tiada cap waktu diberi)
4 Karen, 52 – dari Temu ramah 4, p7 (tiada cap waktu diberi)
5 Lucy, 56 – dari Temu ramah 4, p6 (tiada cap waktu diberi)
6 Tammy, 46 – dari Temu ramah 1, p15 (tiada cap waktu diberi)
7 Lucy, 56 – dari Temu ramah 4, p11 & p12 (tiada cap waktu diberi)
8 Tammy, 46 – dari Temu ramah 1, p19 (tiada cap waktu diberi)
9 Lucy, 56 – dari Temu ramah 4, p10 (tiada cap waktu diberi)
10 Greg, 57 – dari Temu ramah 2, p5 (tiada cap waktu diberi)
11 Ed, 62 – dari Temu ramah 3, p15 (tiada cap waktu diberi)
12 Ed, 62 – dari Temu ramah 3, p16 (tiada cap waktu diberi)
13 Greg, 57 – dari Temu ramah 2, p10 (tiada cap waktu diberi)
14 Debra, 58 – dari Temu ramah 5, p27 (tiada cap waktu diberi)
15 Lucy, 56 – dari Temu ramah 4, p8 (tiada cap waktu diberi)
16 Ed, 62 – dari Temu ramah 3, p11(tiada cap waktu diberi)
17 Lucy, 56 – dari Temu ramah 4, p9 (tiada cap waktu diberi)
18 Ed, 62 – dari Temu ramah 3, p3 (tiada cap waktu diberi)
19 Karen, 52 – dari Temu ramah 4, p9 & p4 (tiada cap waktu diberi)
20 Leonard, 54 – dari Temu ramah 3, p3 (tiada cap waktu diberi)
ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA
Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022