BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MEMBAIKI GIGI PALSU SAYA?

Gigi palsu biasanya boleh bertahan antara lima hingga sepuluh tahun, tetapi pada masa itu anda mungkin merasakan bahawa gigi palsu anda perlu dibaiki. Sama ada gigi palsu anda rosak, atau menjadi longgar akibat perubahan semula jadi pada bentuk muka dan rahang anda, adalah lebih baik untuk anda menghubungi doktor gigi anda bagi membincangkan pembaikan gigi palsu, dan bukannya dengan mencuba untuk membaikinya sendiri.

woman laughing with friends

BAGAIMANAKAH JIKA GIGI PALSU SAYA PERLU DIBAIKI?

Jika gigi palsu anda rosak atau mula terasa agak longgar, anda mesti membaikinya dengan segera. Pilihan untuk pembaikan gigi palsu termasuklah melapik semula atau melandas semula gigi palsu:
Prosedur melapik semula gigi palsu melibatkan penambahan bahan akrilik pada pangkal gigi palsu untuk memastikan gigi palsu dipasang untuk keselesaan. Anda mungkin perlu membetulkan impresi anda, dan gigi palsu anda akan dipasang untuk keselesaan di dalam mulut anda sekali lagi.

Prosedur melandas semula gigi palsu juga memerlukan impresi , namun ini bertujuan agar pangkal gigi palsu dapat dibuat daripada peringkat awal untuk memastikan pemasangan yang sempurna.
 

MENJAGA GIGI PALSU ANDA

Menjalani rutin yang baik dalam penjagaan gigi palsu dapat memastikan gigi palsu anda disimpan dalam keadaan baik. Berikut adalah beberapa perkara mudah yang boleh anda lakukan untuk mengekalkan rupa dan pemasangan gigi palsu anda:

  • Bagi penjagaan gigi palsu, anda harus membersihkannya pada waktu pagi dan petang – sama seperti yang anda lakukan untuk gigi semula jadi – untuk memastikan gigi palsu kelihatan cantik dan membuatkan anda berasa yakin. 
  • Gunakan berus gigi berbulu lembut dan pembersih gigi palsu yang baik sebagai sebahagian daripada rutin harian pembersihan gigi palsu anda.
  • Anda mungkin mahu menggunakan ubat gigi palsu khusus. Memandangkan gigi palsu adalah lebih kurang sepuluh kali lebih lembut daripada gigi semula jadi, gigi palsu memerlukan penjagaan khusus. Cari ubat gigi palsu yang lebih lembut pada gigi palsu anda dan tidak mengandungi bahan pelelas (abrasives) seperti yang terdapat dalam ubat gigi biasa.
  • Keluarkan gigi palsu anda pada waktu malam dan simpan dengan betul untuk merehatkan gusi anda.
  • Membersihkan gigi palsu di atas tuala tangan yang lembut atau mangkuk akan memastikan gigi palsu tidak pecah jika anda menjatuhkannya secara tidak sengaja.
  • Pertimbangkan untuk membuat pemeriksaan berkala dengan pasukan pergigian anda bagi mendapatkan nasihat berkenaan kebersihan oral dan penjagaan gigi palsu – mereka sentiasa ada untuk menyokong anda dan akan mengawasi keadaan gigi palsu anda.
  • Perhatikan perubahan dalam kesesuaian gigi palsu anda – jika anda berasakan gigi palsu tidak terpasang seperti sebelumnya, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk berbincang dengan doktor gigi anda.

Seperti yang biasa diperkatakan, mencegah lebih baik daripada mengubati, dan jika gigi palsu anda dijaga dengan betul, risiko gigi palsu memerlukan pembaikan lebih lanjut adalah nipis. Namun jika anda mendapati bahawa gigi palsu telah rosak atau tidak terpasang seperti sebelumnya, mendapatkan nasihat yang tepat dan membaikinya bermakna anda akan dapat menikmati ketenangan kerana mengetahui gigi palsu anda berada dalam keadaan terbaik.

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022