BAGAIMANAKAH SAYA DAPAT MENGELAK GIGI PALSU DARIPADA MENJADI LONGGAR?
Gigi palsu anda harus dipasang dengan selamat pada gusi anda, namun, dalam beberapa kes, anda mungkin mendapati gigi palsu menjadi longgar dan tidak terpasang dengan sempurna seperti sebelumnya. Ini merupakan keadaan yang biasa berlaku, dan ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu mengekalkan pemasangan yang memberikan keselesaan, supaya anda boleh terus menjalani kehidupan anda sepenuhnya.
MENGAPA GIGI PALSU BOLEH MENJADI LONGGAR?
Gigi palsu anda boleh menjadi longgar kerana beberapa sebab, kebanyakannya merupakan perkara yang normal. Sebab paling biasa untuk gigi palsu menjadi longgar adalah proses yang dikenali sebagai resorpsi tulang, keadaan gusi mula mengecut kerana gusi tidak lagi perlu memegang gigi di kedudukannya. Salah satu cara untuk membantu mencegah resorpsi tulang adalah dengan menggunakan rahang anda sebanyak mungkin – malah mengunyah makanan pejal seharusnya membantu dalam memastikan gusi anda kuat dan sihat. Makanan seimbang juga merupakan faktor utama dalam membantu mencegah resorpsi, oleh itu, cuba untuk masukkan pelbagai jenis makanan berkhasiat dalam hidangan anda.
Satu lagi penyebab gigi palsu yang longgar adalah pemakaiannya pada setiap hari. Mempraktikkan penjagaan gigi palsu yang baik, termasuk mengeluarkan gigi palsu pada waktu malam, adalah mustahak dalam menjaga gigi palsu dan juga gusi anda.
BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH TAHU JIKA GIGI PALSU SAYA LONGGAR?
Terdapat beberapa cara untuk mengetahui sekiranya gigi palsu anda longgar. Dalam kebanyakan kes, apabila gigi palsu anda longgar, anda mungkin mendapati bahawa gigi palsu cenderung untuk tergelincir dan tidak lagi terpasang dengan selesa. Anda juga mungkin akan mendengar bunyi klik semasa anda bercakap dan berasa kurang selesa. Selain itu, anda mungkin mengalami sakit mulut atau berhadapan dengan masalah untuk makan.
Sekiranya perkara tersebut berlaku kepada gigi palsu anda, adalah penting untuk anda berjumpa dengan doktor gigi anda secepat mungkin. Mereka mungkin menasihatkan anda untuk menggunakan pelekat gigi palsu, atau gigi palsu anda perlu diperbaiki atau diganti.
ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA
Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022