BERAPA LAMAKAH GIGI PALSU BOLEH TAHAN?

Meskipun pengalaman setiap individu berbeza, gigi palsu (gigi tiruan) anda boleh tahan antara lima hingga ke sepuluh tahun. Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa, anda mungkin mendapati bahawa gigi palsu anda perlu dilapik semula atau dilaraskan semula untuk pemasangan yang lebih baik.
Sekiranya anda berjumpa doktor gigi secara berkala, mereka akan dapat memberikan nasihat kepada anda sekiranya gigi palsu anda perlu diperbaiki, atau sekiranya anda memerlukan gigi palsu baharu. Namun, keadaan ini bergantung kepada rutin penjagaan gigi palsu anda dan seberapa baik perlindungannya.

woman exercising with friends

MENGAPAKAH GIGI PALSU SAYA PERLU DIGANTI?

Terdapat pelbagai sebab anda mungkin memerlukan pembaikan gigi palsu, atau yang baharu. Perubahan semula jadi pada bentuk wajah anda boleh menjadi faktor kepada keperluan untuk mengganti gigi palsu anda. Seiring dengan pertambahan usia, gusi dan tulang rahang kita mula mengecut – ini dikenali sebagai resorpsi tulang. Proses ini, dan pemakaian biasa, boleh menyebabkan gigi palsu anda menjadi longgar dari semasa ke semasa dan anda mungkin mula menyedari bahawa gigi palsu tidak lagi berada kukuh di kedudukan seperti sebelumnya. Keperluan untuk membaiki gigi palsu bergantung kepada keadaannya dan doktor gigi anda akan memberitahu anda tentang pilihan anda untuk mengekalkan pemasangan semula jadi; sama ada melalui prosedur melapik semula, melandas semula atau anda mungkin merasakan gigi palsu perlu diganti.

Anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk berbincang dengan doktor gigi anda sekiranya anda melihat salah satu perkara berikut:

  • Gigi palsu anda mengeluarkan bunyi klik ketika anda bercakap
  • Pemakaian gigi palsu anda tidak lagi selesa seperti sebelumnya
  • Radang pada gusi
  • Gigi palsu kelihatan uzur.

PENJAGAAN GIGI PALSU ANDA

Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk melindungi gigi palsu dan menjaga seluruh mulut semasa anda menggunakan gigi palsu:

  • Bersihkan gigi palsu anda setiap hari. Ini mungkin kedengaran jelas, tetapi seperti juga gigi semula jadi anda, adalah penting untuk membersihkan gigi palsu setiap hari untuk menghilangkan plak dan makanan yang terperangkap untuk memastikan mulut terasa segar. Gabungan merendam, menggosok dan membilas selalunya merupakan cara terbaik untuk membersihkan gigi palsu
  •  Tanggalkan gigi palsu sebelum tidur. Gigi palsu anda digunakan secara berterusan sepanjang hari dan doktor gigi mengesyorkan anda menanggalkan gigi palsu pada waktu malam supaya mulut anda diberikan peluang untuk berehat. Pada bila-bila masa anda mengeluarkan gigi palsu, anda akan dijamin bahawa gigi palsu akan kekal dalam bentuknya dengan membiarkannya dalam rendaman penuh di dalam air supaya gigi palsu tidak meleding atau retak.
  • Berhati-hati ketika mengendalikan gigi palsu anda. Bagi mengelak keretakan, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk membersihkan gigi palsu di atas tuala tangan lembut atau di atas besen berisi air – langkah berhati-hati sekiranya anda terjatuhkan gigi palsu.

Jika anda mendapati bahawa pemakaian gigi palsu anda tidak begitu selesa seperti sebelumnya atau sudah longgar, doktor gigi anda akan gembira untuk memberikan nasihat kepada anda tentang langkah seterusnya. Gigi palsu yang dijaga dengan betul dan dipasang dengan kukuh akan menjadikan gigi palsu anda lebih tahan lama, seterusnya membolehkan anda menikmati hidup dengan lebih lama juga.

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022