MENGEKALKAN GAYA HIDUP ANDA DENGAN GIGI PALSU

Memasang gigi palsu (gigi tiruan) dapat membina kembali hidup anda dan membuatkan anda berasa lebih yakin. Dan gigi palsu bukan hanya untuk mereka yang berumur sahaja – sesiapa sahaja daripada sebarang peringkat umur boleh memasang gigi palsu kerana beberapa sebab yang berbeza: penyakit gusi; merokok; keadaan perubatan; terlibat dalam kemalangan; pengambilan gula berlebihan; pengertakan gigi; kerosakan gigi/jangkitan atau tabiat pemakanan yang buruk; dan banyak lagi.

Woman eating food

BERGERAK KE HADAPAN DENGAN YAKIN

Direka untuk kelihatan seperti gigi semula jadi, tiada siapa yang akan mengetahui bahawa anda sedang memakai gigi palsu – lengkap atau separa – kecuali jika anda ingin mereka tahu. Gigi palsu seharusnya tidak menghalang anda untuk menjalani kehidupan anda, dan sebarang kekhuatiran yang anda alami dapat dikurangkan dengan bercakap dengan rakan, keluarga dan orang muda lain yang menggunakan gigi palsu.
Pada janji temu anda, anda boleh memberi pendapat tentang warna dan bentuk gigi palsu baharu, anda, supaya gigi palsu yang dipasang menepati cita rasa anda. Jika anda mahu, bawa gambar lama bersama untuk membantu anda dalam membuat pemilihan gigi palsu – dengan cara ini doktor gigi anda akan dapat memadankan gigi palsu anda dengan gigi semula jadi anda sehampir yang mungkin.

Gigi palsu direka supaya dapat dipasang di atas gusi anda dengan selesa, yang membolehkan anda makan, bercakap dan senyum dengan yakin. Menggunakan pelekat gigi palsu juga dapat membantu mengukuhkan kedudukan gigi palsu di dalam mulut anda.
 

MENDAPATKAN SOKONGAN

1 daripada 5 orang dewasa di seluruh dunia memakai gigi palsu (separa atau lengkap) *, jadi kemungkinan orang lain yang anda kenal juga memakai gigi palsu – cuma anda tidak mengetahuinya.
Terdapat banyak kumpulan sokongan untuk orang muda yang mempunyai gigi palsu, mereka akan dapat membantu anda berasa lebih selesa semasa memakainya. Anda boleh berjumpa dengan doktor gigi yang boleh memberikan nasihat ke atas cara pembersihan gigi palsu anda, dan membantu gigi palsu dipasang dengan betul dan membuatkan anda selesa.

Berbincang dengan anak muda lain yang berada dalam situasi yang sama dapat membantu anda berasa selesa semasa memakai gigi palsu.
Daripada keluar bersama rakan-rakan sehingga kepada merapatkan lagi hubungan dengan orang yang tersayang, pemakaian gigi palsu seharusnya membantu anda berasa lebih yakin. Jika mahu, anda mungkin ingin berkongsi kenyataan bahawa anda memakai gigi palsu dengan rakan dan keluarga yang dapat menyokong anda dan membantu anda untuk terus menjalani kehidupan anda sepenuhnya.

* Data GSK 2015 (kajian Penjagaan Kesihatan Oral Omnibus - Pelbagai negara)

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022