KEKAL YAKIN DENGAN GIGI PALSU

Semasa anda melalui kehidupan baharu menyesuaikan dengan gigi palsu, anda akan menerima banyak nasihat profesional tentang kesepadanan dan penjagaan gigi palsu anda, tetapi tidak banyak tentang cara ia mungkin mempengaruhi keyakinan harian anda.
Jadi, kami telah mengumpulkan beberapa petua berdasarkan pengalaman pemakai gigi palsu baharu bagi membantu anda menghadapi bab baharu dalam hidup anda ini.

Smiling man holding a partly eaten burger at a town carnival

KETAHUI BAHAWA ANDA TIDAK KESEORANGAN DAN IA BUKAN FAKTOR UMUR

Pada hari ini apabila mendapatkan gigi palsu, ianya dibuat untuk padan dengan begitu baik dan kelihatan semula jadi, hampir tidak mungkin untuk kenal siapa yang memakainya. Malahan, anda mungkin mengenali beberapa orang yang memakai gigi palsu tanpa menyedarinya.

Lebih kurang seorang daripada lima orang dewasa di seluruh dunia memakai gigi palsu.1* Juga hampir separuh (45%) daripada mereka yang memakai gigi palsu adalah di bawah umur 60 tahun 2*, jadi cuba lepaskan perasaan menjadi tua sebelum masanya.

“Semenjak saya memakai gigi palsu, saya pasti menjumpai orang yang memakainya, tetapi saya tidak menyangkanya.” 3 Lucy, 56

“Tanggapan saya adalah seperti, nenek tua, orang lebih tua yang stereotaip berumur 70-an atau 80-an. Sebelum melalui perjalanan ini, saya tidak pernah terfikir seseorang di bawah umur 70 memakai gigi palsu, ia merupakan satu kejutan.” 4 Lucy, 56
 

BERIKAN IA MASA

Apabila anda pertama kali mula menyesuaikan diri dengan gigi palsu, adalah wajar untuk berasa cemas tentang perkara mudah seperti bercakap, makan dan bercium. Sebilangan pemakai gigi palsu pelat apabila bercakap selepas memakai gigi palsu dan yang lain mendapati makanan tertentu sukar untuk dimakan. Sedarlah bahawa perkara-perkara ini boleh mempengaruhi keyakinan anda, tetapi akan bertambah baik dengan berlalunya masa.

“Itu merupakan satu daripada kebimbangan utama saya – jika terdapat perbezaan pada cara saya makan atau seumpamanya. Doktor gigi saya menafikannya, sebaik sahaja saya biasa dengannya, ia akan berasa sama sekali semula jadi. Dan dia betul.” 5 Greg, 57

“Saya agak cemas tentang ciuman pertama saya (dengan pasangan saya)...tetapi ia cukup semula jadi.” 6 Asher, 59

“Pada minggu pertama, saya rasa saya bercakap dengan tidak jelas. Sebenarnya, isteri saya malahan memberitahu saya percakapan saya sedikit kurang jelas seperti saya sedang mabuk kerana saya belum biasa dengannya lagi. Tetapi setelah saya biasa dengannya, semua baik saja.” 7 Greg, 57

Tidak apa jika anda berasa cemas tentang aspek emosi dalam menyesuaikan diri dengan gigi palsu tetapi ingatlah, bercakap kepada kawan-kawan dan keluarga untuk mendapatkan sokongan selalunya membantu. Anda boleh juga berbicara dengan doktor gigi anda kerana mereka boleh membantu anda memahami bagaimana gigi palsu baharu anda boleh mempengaruhi anda secara emosi dan juga fizikal.
 

PETUA MENINGKATKAN KEYAKINAN

  • Sebelum makan di restoran, berlatihlah makan makanan berbeza di rumah untuk menjadikan anda selesa menggigit, mengunyah dan merasai gigi palsu itu.
  • Jangan hanya menggunakan gigi asli anda yang masih ada semasa makan. Semakin banyak anda menggigit dan mengunyah dengan gigi palsu anda, semakin cepat ia akan berasa seperti sebahagian daripada mulut anda.
  • Untuk menyesuaikan pertuturan semasa memakai gigi palsu anda, cuba baca sesuatu dengan kuat sehingga anda menjadi biasa dengan cara ia rasa dan bagaimana hendak membuat bunyi yang berlainan.
  • Gunakan pakar pembersih gigi palsu untuk memastikan gigi palsu anda bersih dan segar bagi membantu membina keyakinan anda.
  • Bersikap terbuka terhadap pemakaian gigi palsu dengan mereka yang rapat dengan anda, supaya anda tidak bimbang tentang orang yang perasan perbezaannya. Ia akan membantu anda menerima gigi palsu anda dan menikmati kesan positif darinya terhadap kehidupan anda.
     

LIHAT KE HADAPAN

Terdapat beberapa perkara yang perlu dibiasakan apabila anda menyesuaikan diri dengan gigi palsu, tetapi ia tidak akan lama sebelum anda merasa seperti diri anda sendiri semula. Anda akan boleh senyum, ketawa, makan dan rapat dengan mereka yang tersayang tanpa berfikir dua kali.

“Saya dapati memakai gigi palsu sangat mudah untuk dibiasakan. Ia tidak mengambil masa yang lama langsung sebelum saya boleh biasa menggunakannya dengan betul.” 8 Wendy, 64

“Ia akan berbeza. Anda perlu memahami, menerima dan membiasakan dengannya. Ia tidak akan berlaku semalaman secara mental. Selepas seketika, ia seakan hanya pergi.” 9 Ed, 62

“Saya telah menempuh bermacam-macam dan saya tidak begitu kisah tentangnya. Ia padan, ia selesa, ia tidak mengganggu apa-apa...ia hanya sebahagian dari diri saya sekarang.” 10 Wendy, 64

 

Rujukan luaran

*Data GSK dalam fail. Kajian Global Omnibus

** Temu ramah dengan pemakai gigi palsu – Petikan telah diungkap semula untuk kejelasan
 

Rujukan dalaman

1 Data GSK dalam fail

2 Data GSK dalam fail

3 Lucy, 56 - dari temu ramah 4 transkrip 04.11

4 Lucy, 56 - dari temu ramah 4 transkrip 04.54

5 Greg, 57 - dari temu ramah 2 transkrip 31.06

6 Asher Robinson, 59 - transkrip Honest Truth 06:51 - 09:52

7 Greg, 57 - dari temu ramah 2 transkrip 13:45

8 Wendy Fisher, 64 - transkrip Honest Truth 05:45-06:02

9 Ed, 62 - dari temu ramah 3 transkrip 22:18

10 Wendy Fisher, 64 - transkrip Honest Truth 00:42-01:40

ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA

Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022