BAGAIMANA GIGI PALSU DIBUAT?
Pemasangan gigi palsu (gigi tiruan) baharu anda sepatutnya satu waktu yang mengujakan, dan doktor gigi anda akan berada sepanjang waktu itu untuk memberi sokongan dan menjawab sebarang persoalan anda. Di sini, kami memimbing anda sepanjang proses pencabutan, impresi dan pemasangan.
MENCABUT GIGI
Sebelum sebarang impresi dibuat, doktor gigi anda perlu menilai keadaan mulut anda untuk memilih siri rawatan yang paling sesuai untuk anda. Doktor gigi anda akan memberitahu anda sama ada gigi anda perlu dicabut sebelum gigi palsu anda dipasang. Jika perlu dicabut, anda kemudiannya perlu memberi masa untuk gusi anda pulih, yang mana lamanya berbeza bergantung kepada berapa banyak gigi yang dicabut.
Jika gigi anda yang masih ada hendak dicabut, anda boleh memilih untuk mendapatkan gigi palsu segera. Jika anda menerima gigi palsu segera, anda boleh memakainya sepanjang masa pemulihan itu, tetapi apabila gusi anda pulih gigi palsu itu mungkin perlu disesuaikan semula untuk pemasangan yang lebih baik.
MENGAMBIL IMPRESI
Untuk memastikan gigi palsu anda muat dengan terbaik, doktor gigi anda perlu mengambil ukuran dan impresi mulut anda. Anda mungkin perlu membuat lebih banyak impresi supaya penyesuaian yang lebih halus boleh dibuat, tetapi dari inilah juruteknik pergigian akan mula membangunkan gigi palsu anda.
MEMILIH GIGI BAHARU ANDA
YKemungkinan besar anda ingin gigi palsu anda kelihatan seperti gigi semula jadi anda, jadi tidak sia-sia jika anda membawa gambar lama bersama untuk ditunjuk kepada doktor gigi anda. Bersama-sama dengan doktor gigi anda, anda boleh menentukan warna, gradasi warna dan bentuk gigi palsu anda, asas dan gigi, memastikan yang ia adalah padanan yang terbaik untuk anda.
PERINGKAT PEMASANGAN
Sebaik sahaja impresi selesai dibuat dan anda telah menentukan warna dan bentuk, gigi palsu anda akan dibuat dan anda boleh membuat pemasangan yang pertama. Anda akan boleh mencuba gigi palsu baharu anda dan melihat bagaimana rupa, padan dan rasanya. Beritahu doktor gigi anda sama ada gigi palsu anda selesa dan padan dengan baik, dan sebarang penyesuaian yang perlu boleh dibuat.
MENGHADIRI PEMERIKSAAN BIASA
Setelah gigi palsu baharu anda dipasang, adalah penting untuk anda menghadiri pemeriksaan biasa dengan doktor gigi anda supaya anda boleh membincangkan sebarang masalah atau ketidakselesaan. Mereka boleh membantu dan memberi anda nasihat. Dari mula hingga akhir, mendapatkan gigi palsu boleh memakan masa sehingga beberapa bulan, maka beritahu doktor gigi anda jika anda mempunyai sebarang kebimbangan.
Adalah penting menjaga gigi palsu anda sebagaimana anda menjaga gigi semula jadi anda. Anda boleh melakukannya dengan mewujudkan satu rutin pembersihan teliti dan menyimpan gigi palsu anda dengan betul apabila anda tidak memakainya – menjaga gigi palsu anda boleh membantu ia tahan lama dan membolehkan anda menikmati kehidupan yang sepatutnya.
ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA
Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022