APAKAH GIGI PALSU LENGKAP?
Gigi palsu penuh, atau gigi palsu lengkap, adalah alat yang boleh ditanggal yang boleh digunakan untuk menggantikan gigi yang hilang. Gigi palsu diperbuat daripada porselin atau akrilik dan dipegang bersama oleh satu tapak akrilik. Gigi palsu separa juga serupa tetapi ia hanya digunakan untuk menggantikan beberapa gigi, sementara gigi palsu lengkap menggantikan keseluruhan set gigi.
Gigi palsu penuh mungkin diperlukan apabila anda kehilangan semua gigi anda dan ia boleh membantu mengembalikan wajah asal anda, dan membuat anda berasa lebih yakin untuk senyum.
Tapak gigi palsu bertujuan untuk menyerupai tisu gusi asli dan diperbuat daripada akrilik berpigmen dengan teliti yang dikenali sebagai polimetil metakrilat, atau PMMA. Permukaan PMMA yang boleh nampak, digilap dengan sebaiknya supaya kelihatan seasli yang mungkin, dan ia juga membantu mengelakkan bakteria daripada terkumpul pada gigi palsu anda untuk mengekalkan kesegaran dan kebersihannya.
Gigi palsu atas cenderung untuk menutupi lelangit anda, manakala gigi palsu bawah berbentuk U bagi memastikan terdapat cukup ruang untuk lidah anda.
Kedua-dua gigi palsu atas dan bawah terletak pada tisu gusi, dan lekapan membantu ia kekal pada tempatnya. Pelekat gigi palsu boleh juga membantu mengukuhkan kedudukan gigi palsu anda dan menghalang sisa makanan daripada menyebabkan ketidakselesaan, yang boleh berlaku apabila ia terperangkap di bawah gigi palsu tersebut.
MEMBIASAKAN DIRI DENGAN GIGI PALSU
Ia mungkin mengambil masa untuk membiasakan diri dengan gigi palsu anda, tetapi berbicara dengan doktor gigi anda membolehkan mereka menasihati tentang apa yang dijangkakan dan membantu anda bertenang.
Dengan gigi palsu anda, makan dan bercakap mungkin agak sedikit sukar pada awalnya, tetapi dengan sedikit latihan, pastinya anda akan kembali seperti biasa dalam masa yang singkat.
Untuk memastikan gigi palsu anda sentiasa dalam keadaan yang baik, cuba amalkan aturan pembersihan harian yang teliti. Menanggalkan gigi palsu anda di waktu malam (kecuali diberitahu sebaliknya) akan memberikan kerehatan kepada gusi anda dan menyimpan gigi palsu anda dengan selamat apabila tidak digunakan akan membantu mengekalkan rupanya.
Gigi palsu penuh boleh memberikan hasil yang positif kepada kehidupan anda, mengembalikan semula senyuman anda dan membantu anda kembali berasa seperti diri anda sendiri.
ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA
Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022