ANDA BARU SAHAJA MENGETAHUI YANG GIGI ANDA PERLU DICABUT – APA PERLU DIBUAT?
Jika anda membaca ini, doktor gigi anda mungkin baru sahaja memberitahu anda yang satu atau lebih gigi anda perlu dicabut. Kami tahu anda mungkin merasakan ini satu berita yang mengejutkan dan sukar untuk diterima, tetapi yang pasti anda tidak keseorangan – laman web kami telah diwujudkan bagi membantu anda melalui setiap langkah dalam perjalanan anda yang akan datang.
Walaupun kehilangan gigi akan melibatkan penyesuaian sementara kepada kehidupan anda, namun dengan kaedah penggantian gigi yang sangat maju pada hari ini, semua akan segera kembali normal. Anda akan ketawa, berkata-kata, makan dan mencium, seperti yang anda lakukannya sekarang, dan kami di sini bersedia membantu anda dalam usaha anda ke arah itu.
APA YANG AKAN BERLAKU SETERUSNYA
• Satu janji temu akan ditetapkan untuk satu prosedur mencabut gigi dan doktor gigi anda akan meluangkan masa bersama anda untuk membincangkan pilihan terbaik untuk penggantian gigi anda.
• Terdapat pelbagai jenis gigi palsu dan banyak pilihan lain untuk menggantikan gigi anda yang tiada. Ini termasuk:
Gigi palsu separa
Gigi palsu separa digunakan untuk menggantikan satu atau lebih gigi dan diklip kepada gigi semula jadi anda yang masih ada.
Gigi palsu penuh
Satu set gigi yang boleh ditanggalkan digunakan apabila semua gigi atas atau gigi bawah perlu dicabut.
Jambatan
Gigi tiruan baharu anda disimen kepada gigi yang masih ada pada satu belah dan ia tidak boleh ditanggalkan.
Implan pergigian
Seperti jambatan, implan tidak boleh ditanggalkan – akar titanium yang mimik akar semula jadi anda dimasukkan secara pembedahan ke dalam tulang di bawah gusi dan kemudian gigi prostetik ditempelkan kepadanya.
• Pilihan anda bergantung kepada kos, kesihatan gusi dan tulang anda, dan gigi mana yang akan dicabut. Sebagai contoh, jika gusi anda tidak sihat dan anda mengalami kehilangan tulang, implan pergigian mungkin tidak sesuai. Ia adalah satu pilihan tahan lama yang baik jika gusi dan tulang anda sihat, dan jika anda hanya menggantikan beberapa batang gigi sahaja dan anda mampu.
• Gigi palsu yang boleh ditanggalkan adalah secara amnya pilihan yang paling menjimatkan dan implan pergigian adalah yang paling mahal.
MENGAPA ANDA PERLU MENGGANTIKAN GIGI ANDA YANG TIADA
Menangguhkan keputusan untuk menggantikan gigi yang tiada boleh menyebabkan gigi anda yang masih ada berganjak, mempengaruhi gigitan dan rupa anda, dan ia juga boleh menyebabkan pereputan dan penyakit gusi dari makanan yang terperangkap. Ikut nasihat doktor gigi anda jika mereka memberitahu anda penggantian gigi perlu dilakukan.
KEADAAN EMOSI AKIBAT KETIADAAN GIGI
Selain pengendalian aspek fizikal ketiadaan gigi, pergelutan emosi juga perlu diuruskan. Anda mungkin berasa marah, bimbang, tidak berdaya, sedih, bersalah – semua perasaan ini adalah sama sekali normal.
Gigi anda adalah sebahagian daripada tubuh dan identiti anda, dan mempengaruhi bagaimana anda makan dan berkomunikasi, jadi tidak mengapa jika anda mula memikirkan kesan ketiadaan gigi terhadap kehidupan anda. Sama ada anda memilih gigi palsu, jambatan atau penanaman gigi, ia tetap bukan gigi semula jadi anda, jadi berikan diri anda masa untuk membiasakan dengannya.
Anda sepatutnya mengetahui bahawa anda tidak sama sekali keseorangan – kira-kira 120 juta orang di AS kehilangan sekurang-kurangnya sebatang gigi1 dan kira-kira 36 juta tidak mempunyai gigi langsung2.
JIKA ANDA MEMILIH GIGI PALSU…
• Sebagai pakar dalam penjagaan gigi palsu, kami boleh memberitahu anda jika itu pilihan anda bagi menggantikan gigi anda, sebarang cabaran yang anda akan hadapi adalah sementara dan boleh diatasi dalam masa yang munasabah dengan bimbingan doktor gigi anda dan pangkalan maklumat yang kami bangunkan bagi menyokong anda sepanjang perjalanan ini.
• Di seluruh dunia, kira-kira satu daripada lima orang memakai gigi palsu3, bermakna beberapa orang yang anda kenali mungkin memakainya sekarang. ‘Saya fikir di antara semua saudara perempuan saya tiada yang memakai gigi palsu,’ kata Asher Robinson, 59, yang memakai gigi palsu selepas satu kemalangan mengakibatkan dua gigi hadapannya patah. ‘Tetapi apabila saya mendapat gigi palsu, salah seorang daripada mereka mengaku kepada saya bahawa dia mempunyai gigi palsu sisi’4
• Mereka bukan orang-orang tua yang menjaga diri – hampir separuh daripada semua pemakai gigi palsu adalah berumur di bawah 605. ‘Saya kaitkan gigi palsu dengan ibu saya kerana dia mempunyai set penuh,’ kata Asher. ‘Pada saya, gigi palsu bermakna orang tua. Tetapi sekarang kerana saya memakainya, saya tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang berkenaan orang tua. Jika anda perlu memakainya, anda perlu memakainya!’6
KEHIDUPAN AKAN KEMBALI NORMAL
Memakai gigi palsu memerlukan membiasakan diri dengannya, tetapi berjuta orang melakukannya setiap hari dan hidup dengan normal dan bahagia. ‘Saya dapati memakai gigi palsu sangat mudah untuk dibiasakan,’ kata Wendy Fisher, 64. ‘Ia sangat selesa – saya perasan apabila ia tiada di dalam mulut saya, tetapi tidak semasa ia di situ. Ia tidak mempengaruhi cara saya makan atau apa yang saya makan, jadi saya keluar makan, minum, senyum, ketawa, apa-apa saja – tiada masalah, ia sangat positif.’ 7
Kemajuan dalam pembuatan gigi palsu bermakna ia kelihatan serupa seperti gigi enamel dan ia dipadankan warnanya dengan gigi anda yang ada sekarang, jadi terpulanglah kepada anda sama ada hendak memberitahu atau tidak kepada teman dan keluarga bahawa anda adalah pemakai gigi palsu.
Pada mulanya, makan dan bercakap mengambil masa untuk dibiasakan dan anda perlu membenarkannya, seperti memakan makanan yang lebih lembut dan berlatih bercakap semasa memakai gigi palsu anda, tetapi terdapat banyak bantuan di dalam laman web ini yang membantu anda melalui perjalanan ini dengan mudah. Anda akan makan di tempat awam, ketawa dengan kawan, membuat pembentangan dan pergi janji temu. Semuanya adalah mungkin.
BERFIKIR POSITIF
Hampir suku daripada penduduk AS mengatakan mereka berasa malu dengan keadaan mulut dan gigi mereka8. Jika anda memahami ini, anda akan mendapati bahawa menggantikan gigi anda yang tiada sebenarnya memperbaiki kualiti hidup anda.
‘Mendapatkan gigi palsu memberikan perubahan yang besar kepada kehidupan saya,’ kata David Clement-Horton, 51, yang tiga gigi atas hadapannya telah dicabut. ‘Ia memberi saya keupayaan untuk senyum – sekarang saya senyum dengan gembira. Sebagai seorang penyanyi di pentas, saya perlu banyak senyum tetapi, sebelum ini saya malu dengan ruang pada gigi saya yang semakin besar.’9
RANCANGAN TINDAKAN ANDA
• Anda mungkin berasa terlalu berat dengan berita kehilangan gigi anda sehingga tidak dapat memahami sepenuhnya maklumat yang diberi oleh doktor gigi anda, tetapi sekarang adalah masanya untuk menguasai diri semula dengan mendapatkan sebanyak pengetahuan yang boleh. Kuasa di tangan anda.
• Sebelum janji temu anda yang seterusnya, selidik jenis penggantian gigi dan kosnya supaya anda dapat mengadakan perbincangan yang lengkap dan tepat dengan doktor gigi anda, dan juga catat sebarang soalan mengenai kesan ketiadaan gigi selepas prosedur pencabutan gigi anda.
• Bawa bersama anda pen dan kertas supaya anda atau seorang teman/keluarga boleh mencatat jawapannya. Berasa berpengetahuan dan bersedia akan membolehkan anda menghadapi peristiwa kehidupan yang akan datang ini dengan cara positif dan proaktif.
Rujukan luaran:
1 / 2: American College of Prosthdontists; dicapai September 2019:
https://www.gotoapro.org/facts-figures/
3 / 5: Data GSK dalam fail
4 / 6 / 7 / 9: Temu bual dengan pemakai gigi palsu – data GSK dalam fail
8: American Dental Association; dicapai September 2019; halaman 2: https://www.ada.org/~/media/ADA/Science%20and%20Research/HPI/OralHealthWell-Being-StateFacts/US-Oral-Health-Well-Being.pdf?la=en
Rujukan dalaman
1 American College of Prosthdontists; dicapai September 2019:
https://www.gotoapro.org/facts-figures/
2 American College of Prosthdontists; dicapai September 2019:
https://www.gotoapro.org/facts-figures/
3 Data GSK dalam fail
4 Transkrip Benar Jujur – Asher Robinson. 15:06-16:21
5 Data GSK dalam fail
6 Transkrip Benar Jujur - Asher Robinson. 11:13-11:40
7 Transkrip Benar Jujur – Wendy Fisher 05:45-06:02 + 11:36-11:53
8 American Dental Association; dicapai September 2019; halaman 2: https://www.ada.org/~/media/ADA/Science%20and%20Research/HPI/OralHealthWell-Being-StateFacts/US-Oral-Health-Well-Being.pdf?la=en
9 Transkrip Benar Jujur – David Clements. 28:04-28:29 + 03:11-03:45
ARTIKEL LAIN YANG BERKAITAN YANG MUNGKIN ANDA SUKA
Anda akan meninggalkan laman web GSK. Dengan mengklik pautan di bawah, anda akan dibawa ke laman web luaran yang tidak diuruskan oleh GSK. Laman web yang anda pautkan tidak dikendalikan atau disokong oleh GSK, dan GSK tidak bertanggungjawab terhadap kandungan di laman web tersebut. Sekiranya anda tidak mahu meninggalkan laman web ini, jangan klik pautan di bawah.
Polident Denture Adhesive Cream- Fresh Mint (GMD92437200117A) and Polident Denture Adhesive Cream- Flavour Free (GMD62208200217A) are registered under Act 737. MDAMD 0325/2022